Wednesday, October 7, 2009

Kenyataan Naib Yang Dipertua PERMAS

Kepada ahli-ahli PERMAS & BAKSAR, saya berharap anda semua bertenang terutama dalam isu POSTING yang hangat dikatakan. Semalam saya sempat mengadakan perjumpaan dengan TNC Akademik & Antarabangsa UPSI, Prof Dr. Zakaria Kasa berkenaan dengan isu ini. Beliau telah menjelaskan bahawa beliau hanya ingin mengingatkan kepada pelajar sahaja kemungkinan kalaui berlaku masalah ini kelak, para pelajar UPSI sudah bersedia menghadapinya. Prof. Zakaria turut menyatakan bahawa tidak ada mana-mana pekeliling daripada KPM berkaitan penanguhan atau pembekuan posting kepada pelajar di IPTA atau mana-mana institusi. Beliau juga menyeru kepada bakal graduan terutama semester 7 supaya merebut peluang yang ditawarkan oleh UPSI untuk menyambung pelajaran ke peringkat MASTER dan kemudian PHD sebagai satu langkah untuk memajukan pelajar dan mengukuhkan lagi peluang pekerjaan pelajar-pelajar nanti. Menurut beliau, Universiti juga menawarkan semakin banyak peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat MASTER dan PHD. Saya berharap semua pihak bertenang dan sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah bertemu dengan saya untuk penjelasan lebih lanjut.

* Pada 29 HB OKtober 2009, Jabatan Sejarah akan mengadakan Majlis Anugerah Dekan dan dijangka dirasmikan oleh TNC Akademik & Antarabangsa. Sesiapa yang berminat menjadi AJK Perlaksana Majlis bolehlah menghubungi saya dan anda dialu-alukan menjadi AJK Perlaksana. Sijil akan diberikan.

"Mahasiswa Didahulukan, Kebajikan Diutamakan, Kualiti Dimartabatkan"

Sekian.,
Samuel Sila Mathew Unjah
Naib Yang Dipertua PERMAS
Setiausaha Agung BAKSAR

No comments: